Saturday, May 30, 2015

Cuci Intercooler L200/L200s

Kali ni aku share pengalaman bersihkan intercooler. jangan risau, ni tak merosakkan kereta anda. tapi pastikan biar intercooler tu kering habis baru pasang balik.

mula-mula bukak la intercooler tu. pastu sumbat kain dalam lubang-lubang yg bersambung ke intercooler contohnya lubang throttle body dan pipe turbo tu supaya takde apa-apa masuk. kemudian cabut getah paip blow off valve dan blow off valve itu sendiri. tak payah basuh ni pun takpe. blow off valve standard ada dua getah vacuum. pastikan cabut jugak. kalau takut lupa yg mana satu masuk mana satu, tangkap gambar dulu.

dah siap semua tu barulah boleh basuh. tembak air sikit kan dalam-dalam tu biar semua kotor keluar. gosok sikit guna berus atau kertas pasir kat tempat yg susah nak tanggal kotor dia. kalau nak sampai berkilat macam baru pun buatlah. aku malas sikit. asalkan nampak bersih sikit jadilah.

dah siap basuh, biar kering sampai takde air dah yg menitik keluar. pastu barulah pasang. jangan basah-basah terus pasang. takut lain jadinya nanti. nak pasang dia menyakitkan hati sikit.

sebenarnya ni projek suka-suka je. bagi nampak lawa sikit.

sebelum

selepas. tak banyak beza pun.



 


No comments:

Post a Comment