Saturday, May 30, 2015

Penjelasan Tentang Turbo dan Turbine

Salam, hari ni aku nak bercerita pasal turbo dan turbine.
youtube saya: https://www.youtube.com/channel/UC_tqfOWE8Rh8xgloIsgEWUg

Turbine 
Turbine dan Downpipe
Turbine ni bersambung pada exhaust manifold dan kipas dalam turbine tu dipusingkan oleh gas/angin/asap/karbon monosida yg keluar dari enjin tu. dan yg selebihnya dibuang melalui downpipe dan terus sampai belakang exhaust. pada turbine ni ada dua lubang. satu ada pintu iaitu pintu wastegate dan satu lubang sahaja. wastegate kita bincang ni post lain. pada kipas turbine tersebut ada satu batang besi yg bersambung pada kipas turbo pulak. dan apabila turbine pusing, turbo turut pusing.

Turbo
hose intake power ikat guna cable tie hahaha
Turbo ialah sejenis compressor. dia ada kebolehan untuk menyedut angin. enjin juga sedut udara atau angin sama macam manusia. kalau turbo dia sumbat angin dalam enjin secara paksa dan melebih banyak serta cepat. dan ini akan menambahkan kelajuan. orang putih panggil force induction. sebenarnya tak banyak benda untuk diterangkan pada turbo ni. yang main peranan besar bagi aku turbine.

Ini serba sedikit pengetahuan. jika aku tersalah dimana-mana, tolong tinggalkan fakta yang betul diruang komen dibawah. Terima Kasih

Bumper Kancil Telur Longgar

Bila fikir-fikir, blog aku ni dah macam galery gambar.

Tiba-tiba kali ni aku rajin terlampau. selama ni aku buat tak peduli ke kat bumper yg londeh dan longgar tu.

Bumper depan Kancil ada 11 skru.
- Atas = 4
- Tepi = 2
- Nombor plate = 2
- Belakang nombor plate = 1
- Bawah = 2

Mula-mula aku tak tahu. aku bukak atas dengan tepi je. sekali tak mau tanggal. pastu aku bukak nombor plate ada satu kat belakang dia. check bawah ada lagi dua.

Lepas dah bukak, cabut socket lampu signal tu pulak. Kemudian campak bumper ke tempat yg selamat.

Sebab bumper aku londeh dan longgar ialah lubang tepi bumber tu dah terbelah dua mengakibatkan lubang tu terkeluar dari skru yg sepatutnya memegang tepi tu. susah nak jelaskan haha.

bahagian depan

bahagian dalam bumper

ni yang aku kata terbelah tu

kita letak washer sebesar mana yang kita suka
ganas betul rupa dia
Condenser aircond aku tembak air sikit kat dia bagi bersih sikit. aku tengok banyak kotor-kotor melekat.

turbo aku gosok guna kertas pasir bagi kilat sikit


Nanti aku buat satu blog post penjelasan turbine, turbo, blow off valve, wastegate.

Tukar Exhaust Baru

Exhaust lama takde kerosakan atau bocor atau sebarang masalah. cuma aku kurang berminat dengan exhaust yg bunyi kuat ni. kalau sedap takpe, ni lemau je bunyi dia. jadi aku memilih untuk senyapkan exhaust. exhaust lama ada satu tabung/botol atau bahasa inggeris nama dia catalytic converter (cat). exhaust standard ada dua tabung. jadi aku nak pasang tabung kedua tu balik. pastu tukar muffler dia kepada tip Honda Accord. nampak simple.

exhaust lama. masa kecik aku panggil ni exhaust macam ni tergolek

tip Honda Accord




tabung standard diwujudkan balik


Bunyi dia senyap tapi tak senyap macam exhaust kancil standard. tu takde bunyi langsung. ni ada sikit bunyi. tapi bila tekan minyak kuat enjin je yg berbunyi kuat. exhaust maintain je senyap.

Bersihkan Kotak Angin L200/L200s



Ni pun satu lagi projek suka-suka. teringin jugak nak tengok apa ada dalam kotak angin atau airbox tu.

Barang yg digunakan:
1. berus gigi lama
2. kain buruk
3. sabun, guna  degreaser lagi elok.

Nak bukak dia senang je. bukak clamp hose intake dengan hose dari blow off valve. pastu ada dua skru yg memegang kotak tu. bukak tu jugak. kemudian keluarkan air filter.

Bila aku pegang bahagian dalam tu, dia macam berminyak. lebih kurang macam minyak grease rasa dia. tak pernah cuci sejak kat Jepun lagi kot.


jahanam berus gigi aku


Bila dah silap cuci, jemur bagi kering atau kalau nak cepat lap je guna kain kering. pastu pasang balik.

Cover Lampu Belakang Hilang

Keluar saja pada kereta dan menoleh ke belakang, aku dapati cover lampu dah hilang!

Ni bukan kes curi ke apa. cover tu dah memang longgar tapi aku dah letak gam sikit. lepas dah dua bulan macam tu gam tu dah give up dan cover aku pun tertanggal. tak tahu kat mana tertanggal tu. tapi yg pasti masa tengah bawak kereta.

tanam pokok dalam kereta menunjukkan aku cintakan pokok dan hidupkan liar

Lepas seminggu, tiba-tiba terjumpa seorang ni yg jual lampu L2s dgn harga murah. aku pun beli la cepat-cepat.


harap kali ni tak tertanggal lagi la.

Cuci Intercooler L200/L200s

Kali ni aku share pengalaman bersihkan intercooler. jangan risau, ni tak merosakkan kereta anda. tapi pastikan biar intercooler tu kering habis baru pasang balik.

mula-mula bukak la intercooler tu. pastu sumbat kain dalam lubang-lubang yg bersambung ke intercooler contohnya lubang throttle body dan pipe turbo tu supaya takde apa-apa masuk. kemudian cabut getah paip blow off valve dan blow off valve itu sendiri. tak payah basuh ni pun takpe. blow off valve standard ada dua getah vacuum. pastikan cabut jugak. kalau takut lupa yg mana satu masuk mana satu, tangkap gambar dulu.

dah siap semua tu barulah boleh basuh. tembak air sikit kan dalam-dalam tu biar semua kotor keluar. gosok sikit guna berus atau kertas pasir kat tempat yg susah nak tanggal kotor dia. kalau nak sampai berkilat macam baru pun buatlah. aku malas sikit. asalkan nampak bersih sikit jadilah.

dah siap basuh, biar kering sampai takde air dah yg menitik keluar. pastu barulah pasang. jangan basah-basah terus pasang. takut lain jadinya nanti. nak pasang dia menyakitkan hati sikit.

sebenarnya ni projek suka-suka je. bagi nampak lawa sikit.

sebelum

selepas. tak banyak beza pun.



 


Alternator Kancil Telur Rosak

Setelah 2 minggu kereta siap baiki, tukar tayar dan absorber, ada satu masalah lagi. alternator rosak battery tak dapat full charge dengan elok dan kereta tak dapat nak start.

masa perjalanan terakhir sebelum kereta tak boleh start, aku dapat rasakan yg kereta aku ni hilang power secara tiba-tiba. macam lemah semacam.
kereta aku ni pakai elektrik steering. masa aku pusing steering nak masuk lorong rumah tu, tiba-tiba radio mati pastu hidup balik. tu salah satu tanda.
pastu bila aku bawak 5000rpm kemudian lepas minyak dan bagi dia boost, radio mati lagi sekali. kan pelik tu. dan keesokan harinya kereta tak larat nak start dah.

Apakah binatang alternator tersebut?
aku tak reti nak explain panjang-panjang. secara ringkasnya alternator ni dia charge battery kita supaya sentiasa full. betulkan kalau aku tersilap.

Pomen yg bergelar Datuk datang rumah dan guna cable jumper dia untuk bawak kereta ke bengkel. sehari je dia tukar pastu dia hantar balik kereta ke rumah. baik betul.

mesti lawa enjin L200 ni kalau semua barang baru lagi macam alternator tu hehe.

Tukar Tayar dan Absorber Baru

Selepas dah siap baiki kereta, hari esoknya tukar tayar baru. ada dua sebab kenapa aku tukar.
pertama tayar dah nak botak.
kedua tayar besar sangat dan bila pusing steering sampai habis, tayar akan bergesel dengan fender dalam tu. tayar lama size dia 175/50/15. tayar baru 165/50/15 Falken Azenis. masalah bergesel dah takde lepas tukar tayar.

youtube saya: https://www.youtube.com/watch?v=qkHazBlJGGM
jangan tanya sbb apa. aku pun tak tahu kenapa
lampu owner lama spray

Falken Azenis 165/50

jika perhatikan betul-betul, akan nampak kesan bergesel disebelah kiri. ni knuckle pcd 100.

maaf tayar kotor sikit. ni baru je tangkap bulan ni. tukar tayar lama dah masa bulan 3.



tak tahu kenapa


sama jugak tak tahu

Absorber pulak aku pilih Mine's Adjustable Absorber.
secara jujurnya kalau nak keselesaan masa bawak kereta kat jalan yg tak rata, berlubang, baik jangan beli ni. spring dia mampat sangat jadi dia tak kurang enjut. kalau tukar spring standard mungkin elok la kot. tapi dah beli, pakai jelah.
tukar sbb absorber lama dah mati. tak main langsung.











Monday, May 11, 2015

Cara Bersihkan Headlamp Pudar dengan Mudah dan Jimat (DIY)

Kali ni kita belajar cara bersihkan headlamp pudar, kuning, tak berseri dengan mudah. aku buat ni kat kereta Kancil 850 Ezi atau orang suka panggil dia Kancil Belalang. aku tak berapa pasti kenapa tapi aku rasa sbb headlamp dia tu macam mata belalang.

Perkara ni selalu jadi kat headlamp plastic.

Kkalau nak bersih sampai bila-bila (tak pudar dah) boleh guna cara ni:- http://kancilturbol2.blogspot.my/2016/04/l2s-rear-bumper-sportlight-how-to.html

try tengok youtube saya: https://www.youtube.com/watch?v=qkHazBlJGGM


air, berus/berus gigi lama, tisu/kain buruk, foam cleaner/glass cleaner/sabun dan colgate.

Langkah-langkah:
1. Lalukan air dulu kat lampu tu.
2. Bersihkan sikit guna sabun atau apa-apa bahan yg boleh membersihkan.
3. Keringkan lampu.
4. Sapukan colgate guna jari kat semua bahagian lampu.
5. Biar selama 5-10 minit.
6. Ambil berus atau berus gigi lama (lagi galakkan berus gigi) dan beruskan perlahan-lahan permukaan lampu. jangan berus macam nak berus jamban. slow-slow je lalukan berus tu.
7. Bilas lampu. kalau tak puas hati buat balik semula sampai nampak ketara perbezaan dia.

Ini hasil dia:

sebelum
selepas

Monday, May 4, 2015

Kancil Telur

Cerita dia bermula masa aku tengok-tengok Mudah.my. tiba-tiba berkenan dgn Kancil ni.


Lepas dah tukar nama semua, kereta kena tunggu 2 minggu baru boleh dapat. dia kata nak buat aircond dgn betulkan brake yg dah jammed.

Masa dah dapat tu, masalah pertama rocker cover gasket dah...

Thursday, April 30, 2015

Jenis Daihatsu Mira


Salam, blog ni akan bercerita pengalaman aku dgn seekor kancil telur aku. aku tengok ramai orang buat blog pasal kereta dia. aku pun nak try jugak hehe.

Jenis-jenis Mira:

  
L200/ L200 Parco


L200s

  
Mira J/Mira J Parco

  
Mira Moderno/Moderno Limited

 
Mira RV4



Mira Opti

 
Mira L501 Parco

 
Mira L502

 
Mira L512


Mira L5 Hello Kitty

 
Mira L5 Classic

 
Mira/Mira Turbo L700

 
Mira Avy NA

 
Mira Avy RS Turbo


kalau nak tahu jenis-jenis enjin, code serta dgn spec dia boleh tengok kat sini:
https://firstlittlecar.blogspot.my/2017/05/jenis-enjin-halfcut-untuk-perodua-kancil.html
Bersambung...